| Laporan | Tarikh |
| [DINO84:IMB64063] MINTA balai polis Sg Besar buat serbuan di Pt 10 satu pasir panjang (rumah depan balai raya) ramai orang kampung main judi. | 7/30/2010 3:28:40 PM |
| [JOEUMBAI:IMA00555] HARAP operator Celcom jangan suka hati sekat talian pelanggan hanya kerana orang menyamar identiti pengguna. Cuba tegas dan baiki mutu jalankan tugas. | 7/30/2010 3:28:38 PM |
| [KENARI1972:IMB26079] SAYA cadangkan kerajaan buat kajian jualan tiket bas ekspres boleh dijual di kaunter pejabat pos untuk mengelakkan daripada ulat tiket atau samseng. | 7/30/2010 3:23:11 PM |
| [BADANGRIMBA:IMB59955] JALAN masuk ke Bukit Belacan Ampang jalan teruk belopak dah di turap pun jalan tetap rosak juga, kereta cepat rosak dengan keadaan yang tak berapa baik. | 7/30/2010 3:18:33 PM |
| [ROYALLADY:IMB65730] HARAP pihak berwajib menyediakan balai polis dan balai bomba di kawasan Puchong Perdana, Permai dan Prima bagi kemudahan penduduk sekiranya berlaku jenayah. | 7/30/2010 2:52:05 PM |
| [Lagi...] |